5 Negara di Dunia Yang Mempunyai Keunikan Bendera Tersendiri

Kisah Menarik Top 5

Sesebuah negara mesti akan mempunyai bendera nasional masing-masing yang dianggap sebagai simbol identiti sesebuah negara.

Dengan rekaan bendera itu dapat diceritakan ciri-ciri amalan negara tersebut, melalui penggunaan warna, simbol dan corak yang diletakkan pada bendera negara masing-masing.

Terdapat juga beberapa negara di dunia ini yang mempunyai keunikan dan agak berbeza benderanya berbanding majoriti negara lain yang lebih bersifat konvensional. Berikut kami sertakan 5 bendera negara yang mempunyai  keunikan tersendiri  sebagai pengetahuan anda semua.

1. BENDERA YANG BERBENTUK SEGI EMPAT SAMA

flag of switzerland

Dalam banyak-banyak bendera di dunia, bendera kedua-dua negara ini sahaja yang secara rasminya menggunakan bentuk segi empat sama. Bendera Switzerland memaparkan latar belakang merah dengan simbol palang berwarna putih.

flag of vatican city

Sementara itu, bendera rasmi Vatican City pula memaparkan dua bentuk kunci yang menggambarkan ‘Keys of Heaven’ mengikut kepercayaan ajaran Kristian dan mahkota yang digelarkan ‘papal’ yang dipakai oleh paderi Gereja Katolik.

Secara rasmi, bendera asal mereka berbentuk segi empat sama tetapi sekiranya anda melihat bendera kedua-dua negara ini dikibarkan dalam bentuk lain, itu adalah variasi kepada bendera rasmi kedua negara tersebut.

2. BENDERA YANG BUKAN BERBENTUK SEGI EMPAT

flag of nepal 4nv61

Satu-satunya bendera rasmi negara dunia yang tidak menggunakan bentuk segi empat, bendera Nepal menggunakan gabungan dua bentuk yang digelarkan ‘pennon’.

Menggunakan 3 warna, dengan warna merah melambangkan bunga rhododendron, bunga rasmi negara Nepal, warna biru sebagai lambang keamanan dan dihiasi dengan logo matahari dan bulan. Pada awalnya, dua logo matahari dan bulan itu mempunyai wajah manusia, namun diubah pada tahun 1962.

flag of nepal

Untuk melukis bendera Nepal agak sukar kerana ketepatannya memerlukan nisbah pembahagian kedua-dua pennon yang tepat. Oleh kerana itu, sudah banyak kali sebenarnya kesilapan dilakukan oleh pihak penganjur seperti Sukan Olimpik dalam mencipta semula bendera negara Nepal.

3. BENDERA YANG MEMAPARKAN SENJATA API

flag of mozambique

Bendera negara Mozambique merupakan salah satu daripada dua bendera di dunia ini yang meletakkan senjata api pada rekaannya. Senjata api yang digunakan bukan calang-calang, ia adalah replika sebuah senapang AK-47 dengan bayonet dipasang dihujungnya.

flag of guatemala

Negara Guatemala juga meletakkan dua laras senapang jenis musket pada rekaan bendera rasmi negara mereka, yang menjadi simbol kepada masyarakat Guatemala yang akan mempertahankan diri dengan kekerasan sekiranya diserang.

4. BENDERA YANG MEMPUNYAI DUA MUKA BERBEZA

flag of paraguay 4nv64

Keunikan bendera Paraguay terletak pada dua rekaan berbeza yang dipaparkan pada bahagian hadapan dan belakang bendera negara tersebut. Pada bahagian hadapannya memaparkan jata kebangsaan negara Paraguay yang memaparkan perkataan ‘Repubclia Del Paraguay’ diapit oleh dua pohon pokok zaitun, dengan satu bintang ditengahnya.

flag of paraguay

Pada bahagian belakang bendera Paraguay pula, jata negara mereka digantikan dengan logo perbendaharaan negara mereka, yang memaparkan singa berdiri di sebelah sebatang kayu yang dipakaikan phyrgian cap serta motto yang tertulis ‘Paz Y Justicia’ atau ‘Keamanan dan Keadilan.’

 

5. BENDERA PALING RINGKAS

flag of libya

Sebelum ditukarkan kepada bendera Libya sekarang pada tahun 2011, bendera rasmi Libya adalah sebuah bendera kosong dengan warna hijau, yang dipilih sendiri oleh Muammar Gaddhafi bagi menyatakan ideologi politiknya.

Asal usul bendera ini datangnya daripada buku The Green Book tulisan Muammar yang diterbitkan pada tahun 1975. Warna hijau dipilih bagi memaparkan identiti Islam kerajaan Muammar Gaddhafi dan digunakan dari 1976 sehinggalah beliau dijatuhkan pada tahun 2011.

 

Semoga memberi pengetahuan.

sumber : iluminasi

Share this...
Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterShare on LinkedInEmail this to someone

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *