9 Sarapan Pagi Yang Membantu Untuk Kekal Sihat

Lifestyle

Hidangan sarapan pagi ada penting bagi tubuh badan kita. Makanan yang diambil haruslah berkhasiat  dan seimbang . Sesibuk mana pun anda, pastikan anda mengambil sarapan yang berkhasiat.

 

Kami ingin berkongsi 9 makanan yang baik untuk penyediaan sarapan pagi anda.

 

 

Buah-buahan

Buah-buahan adalah sumber makanan sampingan yang baik untuk tubuh. Buah-buahan mengandungi serat dan vitamin yang diperlukan oleh tubuh anda. Buah-buahan yang sesuai untuk sarapan pagi anda ialah kiwi, pisang, epal, dan betik. Buah-buahan ini baik untuk sistem penghadaman anda. Buah-buahan juga mengandungi antioksidan yang boleh menghalang sel-sel kanser dalam badan.

 

 

 

Oatmeal

Oatmeal ini mengandungi banyak serat, kalsium dan zat besi yang penting untuk tubuh. Jikalau anda tidak gemarkan rasa tawarnya, anda boleh tambahkan susu dan buah-buahan segar untuk menambahkan rasa dan juga menambahkan khasiatnya. Makanan yang berasaskan dari gandum ini boleh membantu mencegah penyakit jantung, mengurangkan kadar kolestrol dan membantu dalam mengurangkan berat badan.

Roti Gandum

Kandungan serat dan karbohidrat dalam roti gandum lebih tingi dibandingkan dengan roti putih yang biasa anda makan. Jadi tukarkan roti putih anda kepada roti gandum sewaktu sarapan.

Yogurt

Pastinya ramai yang sukakan yogurt. Disebalik rasa masamnya, yogurt mengandungi protein dan kalsium yang diperlukan tubuh. Amalkan yogurt sewaktu sarapan mampu membuatkan anda rasa kenyang dengan lebih lama dan sekali gus membantu untuk mengurangkan berat badan anda.

Telur

Telur mengandungi protein, asid lemak dan omega 3 yang baik untuk tubuh anda. Beberapa biji telur rebus dan goreng boleh buatkan anda rasa kenyang sehingga ke tengah hari.

Bijirin

 

Jika anda terlalu sibuk untuk menyiapkan sarapan yang sempurna pada waktu pagi, cukuplah sekadar dengan memakan bijirin. Sarapan ini mungkin nampak ringkas namun bijirin mengandungi zat besi, serat dan kalsium.

 

 

Susu

Susu merupakan minuman penting sewaktu sarapan pagi. Minum segelas susu sekiranya anda tidak sempat untuk bersarapan penuh. Susu mengandungi kalsium dan protein yang diperlukan tubuh untuk melalui hari yang mencabar.

Mentega Kacang

Kombinasi roti dan mentega kacang pasti menjadi kegemaran tatkala sarapan. Kacang mengandungi lemak yang diperlukan tubuh badan.


Nasi

Nasi mengandungi karbohidrat dan juga gula. Kedua-dua khasiat ini sangat penting bagi metabolisme tubuh untuk menghasilkan tenaga.

Sekian, Semoga Bermanfaat.

 

Share this...
Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterShare on LinkedInEmail this to someone

1 thought on “9 Sarapan Pagi Yang Membantu Untuk Kekal Sihat

Comments are closed.